AL-FAQIR ILA RAHMATILLAHI WAMAHABBATIH WAN MOHD NASIR BIN WAN ABD WAHAB BIN WAN ISMAIL BIN WAN YUSUF
رَحِمَهُ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى وَحَفِظَهُ وَغَفَرَ لَهُ وَكَفَّرَ وَعَفَا وَرَضِيَ عَنْهُ وَرَفَعَ قَدْرَهُ عِنْدَهُ دَائِمًا أَبَدًا فِيْ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، آمِيْنَ
Isti'azah
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (dengan tahi bintang, dilaknat dan dijauhkan daripada segala kebaikan).
Basmalah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
(Aku mulakan hanya) dengan nama Allah Yang Maha Merahmati (seluruh makhluk-Nya di dunia), lagi Maha Mengasihani (di akhirat akan para hamba-Nya yang beriman).
Salam
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ تَعَالَى وَبَرَكَاتُهُ
Semoga keselamatan, kesejahteraan, rahmat dan keberkatan daripada Allah Ta‘ala dilimpahkan ke atas kalian.
Ahlan wasahlan
أَهْلًا وَسَهْلًا وَمَرْحَبًا بِكُمْ جَمِيْعًا فِيْ هٰذِهِ الصَّفْحَةِ الْمَقْصُوْدَةِ مِنْهَا الدَّعْوَةُ إِلَى سَبِيْلِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ. هَدَانِيَ اللهُ تَعَالَى وَإِيَّاكُمْ جَمِيْعًا لِدِيْنِهِ الْقَوِيْمِ، وَصِرَاطِهِ الْمُسْتَقِيْمِ، وَنُوْرِهِ الْمُبِيْنِ. وَجَعَلنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ الرَّاضِيْنَ الْمَرْضِيِّيْنَ فِيْ الدَّارَيْنِ. آمِيْنَ، يَا حَيُّ، يَا قَيُّوْمُ، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.
Selamat datang kalian ke blog ini yang bertujuan untuk berdakwah ke jalan Allah ‘Azza wajalla. Semoga Allah Ta‘ala memberi hidayah kepada saya dan kalian semua kepada agama-Nya yang betul, jalan-Nya yang lurus dan cahaya-Nya yang jelas lagi menerangi, serta menjadikan kita semua sebahagian daripada para hamba-Nya yang memberi hidayah kepada orang lain, mendapat hidayah pada diri sendiri, yang redha kepada Tuhan mereka, lagi diredhai oleh-Nya di dua alam (dunia dan akhirat). Perkenanlah doa kami, wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Mentadbir seluruh makhluk-Nya dengan sendiri-Nya, wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan kemuliaan.
Ikhlaskan niat
Marilah Sama-Sama Kita Ikhlaskan Niat kerana Allah Subhanahu wata‘ala
عَنْ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: «إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ. وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ؛ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ. وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا؛ فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.»
مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ (أَيْ رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ رَحِمَهُمَا اللهُ تَعَالَى)
Ertinya: (Diriwayatkan) daripada Abu Hafs ‘Umar bin al-Khottob radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Sesungguhnya segala amalan hanyalah (dinilai, dikira dan sah) dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya (yakni hijrahnya itu diterima dan diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wata‘ala). Sesiapa yang hijrahnya adalah kepada dunia yang dia ingin memperolehinya atau kepada seorang wanita yang dia ingin mengahwininya pula, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya (yakni hijrahnya itu sia-sia di sisi Allah subhanahu wata‘ala dan tidak diterima oleh-Nya).’”
Muttafaq ‘alaih (yakni diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim rahimahumallahu ta‘ala)
26 Februari 2021
25 Februari 2021
21 Februari 2021
Pemberitahuan tentang blog al-Faqir Wan Muhammad Nasir hafizohullahu ta‘ala, 21.2.2021
PEMBERITAHUAN TENTANG BLOG AL-FAQIR WAN
MUHAMMAD NASIR HAFIZOHULLAHU TA‘ALA FIDDARAIN
بسم الله الرحمن الرحيم
Disediakan oleh al-Faqir ila rahmatillahi waridhwanihi waghufranih:
Abu ‘Abdil Wadud Wan Muhammad Nasir bin Wan ‘Abdil Wahhab,
Hari Ahad, 9 Rajab 1442 Hijriyyah = 21 Februari 2021 Miladiyyah.
19 Februari 2021
18 Februari 2021
Biodataku, 18.2.2021
BIODATA
AL-FAQIR
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدُ للهِ ربِّ العالمين، الرحمن الرحيم، مالك يوم الدين.
وأتمُّ الصلاة وأَزْكَى السلامِ على رسوله الأمينِ، سيدِنا محمدِ بنِ عبدِ الله
خيرِ الخلقِ أجمعِيْنَ، وعلى آلِهِ وذرياتِه الطيبِيْنَ الطاهريْنَ، وأصحابِه وأهلِ
قَرْنِهِ الكرامِ الغُرِّ الميامِيْنِ، وعلى الذين جاؤوا من بعدهم واتبعوهم بإحسانٍ
إلى يومِ الدينِ.
أما بعد؛ فقد قال اللهُ سبحانه وتعالى – وهو أصدقُ القائلِيْنَ - في مُحْكَمِ كتابِه العزيزِ الذي
لا يأتِيْهِ الباطِلُ مِنْ بينِ يدَيْهِ ولا من خلفِهِ، تنزيلٌ من حكيمٍ حميدٍ: ﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّا
خَلَقْنَاكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى، وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًا وَقَبَائِلَ
لِتَعَارَفُوْا. إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ. إِنَّ اللهَ
عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ﴾ [سورةُ الحُجُراتِ:
الآيةُ 31].
وروى
الإمامُ مسلمٌ في مقدمةِ صحيحِهِ (1/14) عن التابعيِّ المشهورِ محمدِ بنِ
سِيْرِيْنَ رحِمه اللهُ سبحانه وتعالى أنه قال: « إِنَّ هٰذَا الْعِلْمَ دِينٌ،
فَانْظُرُوْا عَمَّنْ تَأْخُذُوْنَ دِيْنَكُمْ.» ورُوِيَ هذا القولُ عن أنسٍ وأبي هريرةَ رضي اللهُ تعالى
عنهما مرفوعًا بإسناد ضعيف [انظر: المسندَ الجامعَ 10/240 و247 برقم 29273 و29316]
ولكنَّ معناهُ صحيحٌ موافقٌ لما هو معروفٌ شرعًا.
Maklumat Peribadi
1. Nama rasmi : Wan Mohd
Nasir bin Wan Abd Wahab.
2. Nama pena : al-Faqir
Abu ‘Abdil Wadud Wan Muhammad Nasir bin Wan ‘Abdil Wahhab.
3. Hari dan tarikh
lahir : hari Sabtu, 5 Rajab 1393 Hijri = 4 Ogos 1973
Masihi.
4. Tempat lahir
: Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang, Terengganu, Malaysia.
5. Umur pada
2021 : 48 tahun.
Asal Usul Keturunan
Ayah saya telah memberitahu saya bahawa beliau telah diberitahu
oleh ayahnya, Wan Ismail bin Wan Yusuf rahimahullahu ta‘ala bahawa keturunan
kami berasal dari Kampung Jambu di Fatoni Darussalam, Selatan Thailand.
Kemudian, setelah saya pergi ke Fatoni
Darussalam dan menziarahi Tuan Guru Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Umar Sepanjang
al-Fatoni yang lebih dikenali di sana dengan panggilan Baba ‘E Sepanje
hafizohullahu ta‘ala fiddarain, beliau memberitahu saya bahawa keturunan Wan di
Fatoni mempunyai talian nasab yang direkodkan secara bertulis dan mereka
berasal daripada keturunan Sayyid Jamaluddin al-Kubra rahimahullahu ta‘ala yang
bersambung nasabnya dengan Sayyidina al-Husain bin ‘Ali, putera bongsu
Sayyidatina Fatimah binti Rasulillah sollallahu ‘alaihi wa‘ala alihi wasohbihi
wabaraka wasallam.
Selain itu, beliau menasihati kita semua
supaya mengambil berat tentang nasab keturunan kita, bukan untuk berbangga
seperti orang jahiliah, tetapi untuk mengikut sunnah Nabi sollallahu ‘alaihi
wasallam dan cara para ulama Islam serta untuk menghubung silaturrahim. Beliau
juga berkata, ‘‘Nasab ada kesannya pada sifat dan kelakuan seseorang dengan
izin Allah subhanahu wata‘ala. Jika dia daripada keturunan para ulama, mudahlah
baginya untuk menjadi orang alim. Jika dia daripada keturunan orang jahat-jahat,
mudahlah baginya untuk menjadi orang jahat. Begitulah seterusnya.’’
Beliau juga berkata, ‘‘Jika seseorang itu
berasal daripada pelbagai keturunan di sebelah mak, ayah, datuk, nenek dan ke
atas seperti keturunan Sayyid, Wan, Nik, Tengku dan sebagainya, maka bolehlah
dia menamakan anak atau cucunya dengan salah satu daripada nama-nama keturunan
tersebut.’’
Saya jelaskan perkara nasab dan keturunan Wan
ini pada kesempatan ini sebagai satu amanah ilmu yang saya perolehi daripada
sumber yang sangat thiqah (ثِقَةٌ) yakni yang dipercayai pada hukum syarak, iaitu Tuan Guru Syeikh Wan Ismail
bin Wan ‘Umar Sepanjang al-Fatoni rahimahullahu ta‘ala hayyan wamayyita, salah
seorang daripada para ulama terulung di Fatoni Darussalam rahimahumullahu
ta‘ala ajma‘in yang terkenal di Nusantara sekarang.
Namun demikian, janganlah sama sekali kita
berbangga dengan apa jua nasab keturunan kita sebagaimana perbuatan orang-orang
jahiliah sebelum Islam dahulu. Pada masa yang sama juga, janganlah pula kita
menidakkan kepentingan nasab keturunan manusia kerana setiap nasab ada
kelebihan dan barakah tersendiri. Adakah nasab Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi
wasallam sama sahaja dengan nasab Fir‘aun, Abu Jahal, Abu Lahab dan seumpamanya?
Pastilah tidak sama langsung di sisi Allah subhanahu wata‘ala dan juga di sisi
manusia yang berakal dan berilmu.
Walaupun demikian, tidaklah dinafikan bahawa seorang
anak zina yang benar-benar beriman, beramal soleh dan bertaqwa adalah lebih
baik di sisi Allah subhanahu wata‘ala daripada seorang anak nabi yang kufur dan
tidak beriman seperti anak Nabi Nuh ‘alahissolatu wassalam, wal-‘iyazu billahi
min zalik, kerana Allah subhanahu wata‘ala telah menegaskan dalam Kitab-Nya
yang suci dengan berfirman:
﴿إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ. إِنَّ اللهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ﴾ [سورةُ
الحُجُراتِ: الآيةُ 31]
Ertinya: Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kalian di sisi
Allah ialah yang paling bertaqwa antara kalian. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mendalam ilmu-Nya.
Surah al-Hujurat: ayat
13
Bolehkah Keturunan Wan Menerima Zakat?
Dalam bab menerima zakat, para ulama mazhab Syafi‘i
rahimahumullahu ta‘ala menyebut bahawa ahli keluarga
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang haram memakan sedekah yang wajib
seperti zakat ialah lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang beriman daripada
kalangan Bani Hasyim (بَنِيْ
هَاشِمٍ) dan Bani al-Muttolib (بَنِيْ المُطَّلِبِ) melalui jalur nasab sebelah bapa sahaja.
Adapun anak cucu mereka melalui jalur nasab sebelah ibu
pula bukanlah ahli keluarga baginda dari sudut pengharaman memakan zakat dan
sedekah yang wajib. Tetapi dari sudut kemuliaan dengan sebab hubungan kerabat
dengan Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam pula, mereka juga termasuk dalam
istilah ahli keluarga baginda kerana hubungan kerabat tersebut merangkumi semua
anak cucu keturunan Hasyim dan al-Muttolib serta isteri-isteri baginda. [Sila rujuk: Dalilul Falihin, 3/196].
Adapun hukum
memakan sedekah sunat pula, Imam an-Nawawi rahimahullahu ta‘ala berkata,
“Adapun sedekah sunat, maka Imam asy-Syafi‘i rahimahullahu ta‘ala ada
tiga qaul mengenai hukumnya. Qaul yang paling sahih ialah (memakan) sedekah
sunat adalah haram ke atas Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam
dan halal bagi ahli keluarganya.” [Sila rujuk: Syarhu
Muslim lin-Nawawi, 7/176].
Maka
sesiapa yang mempunyai nasab yang sahih sebelah lelaki sahaja daripada ayah,
datuk, moyang lelaki ke atas sehingga sampai kepada Rasulullah sollallahu
‘alaihi wasallam seperti keturunan Sayyid, maka haramlah ke atasnya mengambil
sedekah yang wajib seperti zakat. Manakala sesiapa yang tidak mempunyai nasab
yang sahih seperti yang disebutkan itu, maka tidaklah haram ke atasnya
mengambil sedekah yang wajib tersebut. Tetapi jika mana-mana orang daripada
keturunan Wan hendak bersifat warak, memelihara dirinya daripada syubhah dan
enggan mengambil sedekah yang wajib, maka itu lebih baik dan lebih selamat
baginya tetapi ia tidaklah wajib ke atas. Wallahu a‘lam.
Pendidikan Terawal
Pendidikan terawal saya dalam bidang agama dan bahasa
Arab bermula dengan ayah saya sendiri, Ustaz Haji Wan ‘Abdul Wahhab bin Wan
Ismail bin Wan Yusuf hafizohullahu ta‘ala warahimahu fiddarain yang mahir dalam
bidang tauhid, fiqh dan tasowwuf. Beliau mengajar ilmu-ilmu
tersebut kepada masyarakat sekitar sejak muda hingga tua di banyak buah masjid
dan surau di Terengganu Darul Iman.
Majoriti kitab yang beliau gunakan ketika mengajar ialah
kitab-kitab Jawi lama seperti ‘Aqidatun Najin (عَقِيْدَةُ النَّاجِيْنَ), Perisai Bagi Sekalian
Mukallaf, Sairus Salikin (سَيْرُ السَّالِكِيْنَ), Sabilul Muhtadin (سَبِيْلُ المُهْتَدِيْنَ) dan
lain-lain.
Dalam menuntut ilmu agama dan bahasa Arab, ayah saya berguru
dengan ramai ulama tempatan di Terengganu seperti:
1.
Ayahnya sendiri, Haji Wan Ismail bin Wan Yusuf rahimahullahu ta‘ala yang
dikenali dengan nama Haji Wan Ismail Tasauf di Kampung Tanjung Che Mat Tauke,
Kuala Terengganu.
2.
Abang iparnya, Wan ‘Ali rahimahullahu ta‘ala dalam bidang bahasa Arab.
3.
Tuan Guru Haji ‘Abdurrahman bin Ahmad Pombeng al-Fatoni rahimahullahu ta‘ala.
4.
Tuan Guru Haji Muhammad bin ‘Abdul Majid al-Fatoni rahimahullahu ta‘ala.
5.
Tuan Guru Haji ‘Abdul Manaf Seberang Takir rahimahullahu ta‘ala.
6.
Ustaz Haji Harun bin Taib rahimahullahu ta‘ala.
Sejak kecil lagi, walhamdulillahi Rabbil ‘alamin, saya belajar
dengan ayah saya dan mengikuti kuliah-kuliah beliau serta pergi bersama beliau
belajar dengan Tuan Guru Haji ‘Abdurrahman bin Ahmad Pombeng al-Fatoni dan Tuan
Guru Haji Muhammad bin ‘Abdul Majid al-Fatoni rahimahumallahu ta‘ala.
Ketika saya berumur 12 tahun, ayah mengajar kepada saya ilmu
Tasrif Sepuluh dengan menyuruh saya menyalin kitab Dhammun Serta Madkhal
(ضَمٌّ سرت مَدْخَلٌ) daripada naskhah tulisan
tangan yang beliau salin daripada guru dan abang iparnya, Wan ‘Ali
rahimahullahu ta‘ala. Setelah itu, ayah menyuruh saya menghafal kitab tersebut
berserta tasrif-tasrif yang terkandung dalam kitab itu, kemudian saya tasmi‘kan
hafalan saya kepada beliau. Saya dilatih supaya menghafal setiap tasrif sepuluh
dan segala pecahannya bagi setiap wazan dan mauzun dengan lancar sehingga dapat
mentasmi‘ satu set tasrif dengan satu nafas sahaja.
Dengan izin Allah subhanahu wata‘ala, saya berjaya menguasai ilmu
Tasrif Sepuluh tersebut dengan baik sehingga bahasa Arab menjadi sangat menarik
minat saya dan sangat mudah bagi saya sejak hari tersebut sehingga sekarang. Di
samping belajar ilmu istimewa tersebut, ayah juga mengajar kepada saya ilmu
nahu dengan menggunakan kitab Matnul Ajurrumiyyah (مَتْنُ الْآجُرُّوْمِيَّةِ), walhamdulillah awwalan waakhira.
Semoga Allah subhanahu wata‘ala sentiasa memberi rahmah,
maghfirah, mahabbah, jannah dan ganjaran pahala yang amat besar lagi tidak
terhingga di dunia dan akhirat kepada ibu bapa saya dan kepada semua guru
lelaki dan perempuan yang telah mengajar ilmu dunia atau ilmu akhirat kepada saya
sekalipun hanya sepatah perkataan sahaja, amin, amin, amin, ya Zaljalali
wal-Ikram, ya Zalfadhlil ‘Azim.
Pendidikan Rasmi
|
Tahun |
Tempat dan Peperiksaan |
1. |
1980-1985 |
Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang
Rawai, Marang, Terengganu. - 1984 : Penilaian Darjah 5 : 1A, 3B
& 1C. |
2. |
1986-1988 |
Sekolah
Menengah Agama Durian Guling, Marang, Terengganu. -
1988 : SRP (Sijil Rendah Pelajaran) : Pangkat A (4 A 1). |
3. |
1989-1992 |
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan
Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu, Terengganu. - 1990 : SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
: 10 Agregat (4 A1). - 1992 : Thanawi Empat : Pangkat Mumtaz (Cemerlang). |
4. |
1993-1997 |
Universiti Islam Madinah Munawwarah,
Arab Saudi dalam Kuliah Syari‘ah Islamiyyah. - Tahun 1 hingga tahun 3 : Mumtaz
setiap tahun. |
5. |
2000-2001 |
Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir
dalam Kuliah Syari‘ah Dan Undang-Undang, bidang Syari‘ah Islamiyyah. - 2001 : Ijazah Sarjana Muda Kepujian
(BA Hons.) : Pangkat Jayyid (Baik). |
Pengalaman
Kerja
|
Tahun |
Tugas dan Tempat |
1. |
1993 |
Guru pengganti di Sekolah Menengah
Agama Khairiah, Kuala Terengganu, Terengganu. |
2. |
1994 |
Guru pengganti di Sekolah Menengah
Agama Durian Guling, Marang, Terengganu. |
3. |
1997-1998 |
Guru di Madrasah Mazahirul Ulum, Binjai
Bongkok, Marang, Terengganu. |
4. |
2000 |
Pensyarah di Qismul Halaqat, Institut
Pengajian Tinggi Islam Dan Bahasa Arab (MADIWA), Bagan
Serai, Perak. |
5. |
2002 |
Guru di Sekolah Islam Al-Amin, Bangi,
Selangor. |
6. |
2003 |
Pensyarah
di Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Setapak, Kuala Lumpur. |
7. |
2003-2009 |
Penterjemah
dan editor di Pustaka Salam Sdn. Bhd., Batu Caves, Kuala Lumpur. |
8. |
2010-2012 |
Ketua
Unit Terjemahan di Telaga Biru Sdn. Bhd., Sri Damansara, Kuala Lumpur. |
9. |
2012-2013 |
Ketua Editor di PSN (Pustaka Syeikh Nuruddin al-Banjari) Publications Sdn. Bhd., Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor. |
10. |
2014 |
Penterjemah
dan editor di Pustaka Salam Sdn. Bhd., Batu Caves, Kuala Lumpur. |
11. |
2016-2017 |
Guru
di Pondok al-Madini, Batu Rakit, Terengganu. |
12. |
2017 |
Guru di Madrasah Mazahirul Ulum, Binjai
Bongkok, Marang, Terengganu. |
13. |
2019-2021 |
Penterjemah
dan editor di Pustaka Salam Sdn. Bhd., Kundang, Rawang, Selangor. |
Kemahiran
1. Menghafaz
lebih kurang 16 juzuk al-Quranul Karim.
2. Berkemampuan
dalam bahasa Arab dengan sangat baik.
3. Berpengalaman
dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan buku-buku agama.
Hasil Penulisan
1. Ta‘liq dan khidmat kitab
Matnu Bina’il Af‘al (مَتْنُ بِنَاءِ
الْأَفْعَالِ) karangan Mulla ‘Abdullah
ad-Datfazi rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam
Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd..
2. Ta‘liq dan khidmat kitab
Matnul Ajurrumiyyah (مَتْنُ
الْآجُرُّوْمِيَّةِ) karangan Imam
as-Sunhaji (الصُّنْهَاجِيُّ)
rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd.
dan Telaga Biru Sdn. Bhd..
3. Tahsinul Maqali Fi
Syarhi Matni Bani’il Af‘al (تَحْسِيْنُ
المَقَالِ فِيْ شَرْحِ مَتْنِ بِنَاءِ الْأَفْعَالِ) huraian kepada
kitab Matnu Bina’il Af‘al (مَتْنُ بِنَاءِ
الْأَفْعَالِ) karangan Mulla
‘Abdullah ad-Datfazi rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh
Pustaka Salam Sdn. Bhd..
4. Al-Khulasotun
Nahwiyyatu Fi Syarhi Matnil Ajurrumiyyah (الخُلَاصَةُ النَّحْوِيَّةُ فِيْ شَرْحِ مَتْنِ الْآجُرُّوْمِيَّةِ)
huraian kepada kitab Matnul Ajurrumiyyah (مَتْنُ الْآجُرُّوْمِيَّةِ) karangan Imam
as-Sunhaji (الصُّنْهَاجِيُّ)
rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
5. Buku Maqasid Syari‘ah
(مقاصد
شريعة) yang dicetak dan
diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. dan PSN Publications Sdn. Bhd..
Penterjemahan dan Penyuntingan
1. Menyunting beberapa
bahagian daripada terjemahan kitab al-Fiqhul Manhaji (الْفِقْهُ
المَنْهَجِيُّ) yang diterbitkan dan dicetak
oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
2. Menyunting buku Adab-Adab
Islam Dalam Kehidupan Harian oleh Ustaz Muhammad Zulkifli bin Abdul Ghani yang
pernah dicetak di Mesir oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
3. Menterjemah
dan menyunting terjemahan:
- Kitab Jami‘ul ‘Ulumi wal-Hikam (جَامِعُ الْعُلُوْمِ وَالْحِكَمِ) karangan Imam Ibnu Rajab al-Hambali (اِبْنُ رَجَبٍ الحَنْبَلِيُّ) rahimahullahu ta‘ala yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
- Kitab al-Muntakhabu Minassunnah (المُنْتَخَبُ مِنَ السُّنَّةِ) (Bahagian Adab Dan Tatasusila) yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
- Kitab Fiqhus Sirah (فِقْهُ السِّيْرَةِ) oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali rahimahullahu ta‘ala yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
4. Menulis buku Tafsir
Juzuk ‘Amma Berdasarkan Tafsirul Jalalain bersama rakan-rakan sekerja di Unit
Terjemahan, Telaga Biru Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd..
5. Menulis buku Tafsir
Surah Yasin Berdasarkan Tafsirul Jalalain bersama rakan-rakan sekerja di
Unit Terjemahan, Telaga Biru Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn.
Bhd..
6. Menterjemah tajuk
Solat Jumaat (كِتَابُ
صَلَاةِ الجُمُعَةِ) daripada kitab al-Majmu‘
Syarhul Muhazzab (الْمَجْمُوْعُ شَرْحُ الْمُهَذَّبِ)
karangan Imam an-Nawawi (النَّوَوِيُّ)
rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
7. Mengedit terjemahan dan
menterjemah kitab Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadhis Solihin (نُزْهَةُ
المُتَّقِيْنَ شَرْحُ رِيَاضِ الصَّالِـحِيْنَ) yang
diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
Antara Guru-Guru Saya
Semua guru lelaki dan perempuan yang mengajar
kepada saya apa jua ilmu yang berguna pada hukum syarak sama ada ilmu Islam
seperti al-Quran, hadis, tauhid, fiqh dan lain-lain; ataupun ilmu duniawi
seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sains, matematik, geografi dan
lain-lain merupakan guru-guru yang sangat saya kasihi, hormati, hargai dan
selalu berdoa untuk mereka kerana mereka telah banyak berjasa kepada saya dalam
mendidik, mengajar dan mencorakkan diri saya bersama anak-anak didik mereka
yang lain dengan izin Allah subhanahu wata‘ala. Hanya Allah subhanahu wata‘ala
jualah yang akan membalas jasa besar mereka dengan ganjaran pahala, rahmat dan
keampunan yang tidak terhingga di dunia dan akhirat.
Antara semua guru yang saya
sempat belajar dengan mereka, saya ingin menyebut sebahagian daripada mereka
yang telah memberi kesan yang besar kepada diri saya selama ini, iaitu ayah
saya sendiri, Ustaz Haji Wan ‘Abdul Wahhab bin Wan Ismail, Tuan Guru Haji ‘Abdur
Rahman bin Ahmad Pombeng al-Fatoni, Tuan Guru Haji Muhammad bin ‘Abdul Majid
al-Fatoni, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar asy-Syanqiti al-Madani, Syeikh
Atiyyah Muhammad Salim al-Misri al-Madani dan Syeikh Muhammad Nuruddin bin
Marbu bin ‘Abdillah al-Banjari rahimahumullahu subhanahu wata‘ala ajma‘ina
fiddunya wal-akhirah, amin, ya Rabbal ‘alamin.
Akidah Saya
Saya berpegang teguh dengan akidah Ahlussunnati wal-Jama‘ah
berdasarkan mazhab al-Asya‘irah (الْأَشَاعِرَةُ) yang merupakan mazhab Ahlul Haqq yang menghimpunkan antara kedua-dua aliran
salaf dan khalaf yang solih, iaitu mazhab majoriti umat Islam sejak dahulu
hingga sekarang yang dianuti oleh majoriti imam, ahli hadis, ulama fiqh, Ahlul
Kalam, para khalifah dan para pemerintah Islam sepanjang kurun-kurun yang lampau
sehingga hari kiamat insyaallahu ta‘ala, sekalipun mazhab ini ditolak dan
dihukum sesat oleh golongan Wahhabi, Syi‘ah dan sebagainya.
Dalam bab akidah, golongan Ahlussunnati
wal-Jama‘ah ada dua mazhab, iaitu mazhab al-Asya‘irah (الْأَشَاعِرَةُ) yang mengikut Imam Abu al-Hasan al-Asy‘ari (أَبُوْ الحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ) dan mazhab al-Maturidiyyah (المَاتُرِيْدِيَّةُ) yang mengikut Imam Abu Mansur al-Maturidi (أَبُوْ مَنْصُوْرٍ المَاتُرِيْدِيُّ) rahimahumallahu ta‘ala.
Di samping itu, saya tidak mengkafirkan
mana-mana orang Islam tanpa hujah dan bukti yang jelas daripada Allah subhanahu
wata‘ala, sekalipun saya bercanggah pendapat, membangkang dan menghukum golongan
Wahhabi, Syi‘ah dan lain-lain sebagai golongan sesat dan menyeleweng, untuk
memberi peringatan dan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau
terpedaya dengan ajaran mereka.
Semoga Allah subhanahu wata‘ala memberi
hidayah dan taufiq kepada kita semua untuk berpegang teguh dengan agama-Nya
yang lurus dan jalan-Nya yang benar yang disampaikan kepada kita oleh para
ulama yang muktabar sepanjang zaman rahimahumullahu ta‘ala tanpa terpengaruh
dengan mana-mana ajaran dan mazhab yang salah seperti Wahhabi, Syi‘ah,
Mu‘tazilah, fahaman sekular, fahaman liberal dan lain-lain.
Mazhab Fiqh
Dalam bidang ilmu fiqh, saya berpegang dengan mazhab
Syafi‘i tanpa melampaui batas, keras kepala atau taklid buta tanpa mengetahui
dalil hukum. Di samping itu, saya menerima dan berlapang dada dengan
mazhab-mazhab fiqh lain yang diterima pakai oleh para ulama Ahlissunnati wal-Jama‘ah.
Pegangan Tasowwuf
Dalam
bidang tasowwuf pula, saya mengikut ajaran tasowwuf yang betul yang digariskan
oleh para imam yang muktabar seperti al-Harits al-Muhasibi, al-Ghazali,
al-Qusyairi dan lain-lain rahimahumullahu ta‘ala, di samping berwaspada
terhadap pelbagai bid‘ah dan kesesatan dalam bidang tasowwuf yang tiada
sandaran sahih dalam agama seperti wahdatul wujud (وَحْدَةُ الْوُجُوْدِ), alittihadiyyah (الِاتِّحَادِيَّةُ), al-hululiyyah (الحُلُوْلِيَّةُ), al-batiniyyah (الْبَاطِنِيَّةُ), mendakwa diri sebagai wali, dakwaan bahawa ilmu hakikat bercanggah dengan ilmu syari‘at,
dan lain-lain lagi, na‘uzubillahi min zalik.
Fahaman Politik
Saya
beriman dan berpegang teguh dengan politik Islam sebenar yang diwarisi daripada
Nabi Muhammad sollahu ‘alaihi wasallam dan daripada al-Khulafa’ ar-Rasyidin
radhiyallahu ta‘ala ‘anhum ajma‘in yang diamalkan oleh umat Islam dan para khalifah
mereka yang solih dan bertaqwa sepanjang zaman sehingga jatuhnya Khilafah Islam
Uthmaniyyah. Saya juga berpegang teguh dengan kewajipan berdakwah dan berjihad dengan
cara yang betul mengikut kemampuan masing-masing untuk menegakkan Negara Islam
sebenar di atas dasar Khilafah Islam yang benar dan diberi hidayah.
Pandangan Umum tentang Islam
Saya
percaya dan yakin seratus peratus tanpa syak lagi bahawa Islam ialah satu-satunya
agama yang benar yang merangkumi semua aspek kehidupan kita sama ada aqidah,
syari‘ah, toriqah, siyasah (politik), ekonomi, agama, negara, dunia mahupun
akhirat, tanpa pembezaan, pemisahan dan penjuzukan antara segala hukum dan
ajaran Islam, berdasarkan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan jalan para ulama
Islam yang muktabar sepanjang zaman.
Penutup
Akhir
kalam, saya amat berharap agar saudara-saudara dan saudari-saudari yang saya
kasihi dan hormati sekalian tidak lupa untuk berdoa kepada Allah subhanahu wata‘ala
bagi kebaikan diri saya sendiri, ahli keluarga, ibu bapa, guru-guru,
saudara-saudara seagama, muslimin dan muslimat seluruhnya, sama ada yang sudah
mati, yang masih hidup dan yang akan datang selepas kita, di dunia dan di akhirat,
terutamanya selepas setiap solat fardhu dan semasa bangun mengerjakan tahajjud
pada waktu malam.
Semoga Allah subhanahu wata‘ala merahmati, memberi hidayah,
mengasihi, mengampun dan memasukkan kita semua, ibu bapa kita, para ulama,
guru-guru, kawan-kawan kita serta semua muslimin dan muslimat ke dalam syurga-Nya
pada hari yang tidak berguna segala harta dan anak-pinak melainkan sesiapa yang
datang kepada Allah subhanahu wata‘ala dengan hati yang sejahtera lagi bersih
daripada syirik dan dosa. Amin ya Hayyu, ya Qoyyum, ya Zaljalali wal-Ikram.