Isti'azah

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (dengan tahi bintang, dilaknat dan dijauhkan daripada segala kebaikan).

Basmalah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

(Aku mulakan hanya) dengan nama Allah Yang Maha Merahmati (seluruh makhluk-Nya di dunia), lagi Maha Mengasihani (di akhirat akan para hamba-Nya yang beriman).

Salam

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ تَعَالَى وَبَرَكَاتُهُ

Semoga keselamatan, kesejahteraan, rahmat dan keberkatan daripada Allah Ta‘ala dilimpahkan ke atas kalian.

Ahlan wasahlan

أَهْلًا وَسَهْلًا وَمَرْحَبًا بِكُمْ جَمِيْعًا فِيْ هٰذِهِ الصَّفْحَةِ الْمَقْصُوْدَةِ مِنْهَا الدَّعْوَةُ إِلَى سَبِيْلِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ. هَدَانِيَ اللهُ تَعَالَى وَإِيَّاكُمْ جَمِيْعًا لِدِيْنِهِ الْقَوِيْمِ، وَصِرَاطِهِ الْمُسْتَقِيْمِ، وَنُوْرِهِ الْمُبِيْنِ. وَجَعَلنَا مِنَ الْهُدَاةِ الْمُهْتَدِيْنَ الرَّاضِيْنَ الْمَرْضِيِّيْنَ فِيْ الدَّارَيْنِ. آمِيْنَ، يَا حَيُّ، يَا قَيُّوْمُ، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.

Selamat datang kalian ke blog ini yang bertujuan untuk berdakwah ke jalan Allah ‘Azza wajalla. Semoga Allah Ta‘ala memberi hidayah kepada saya dan kalian semua kepada agama-Nya yang betul, jalan-Nya yang lurus dan cahaya-Nya yang jelas lagi menerangi, serta menjadikan kita semua sebahagian daripada para hamba-Nya yang memberi hidayah kepada orang lain, mendapat hidayah pada diri sendiri, yang redha kepada Tuhan mereka, lagi diredhai oleh-Nya di dua alam (dunia dan akhirat). Perkenanlah doa kami, wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Mentadbir seluruh makhluk-Nya dengan sendiri-Nya, wahai Tuhan Yang Mempunyai keagungan dan kemuliaan.

Ikhlaskan niat

Marilah Sama-Sama Kita Ikhlaskan Niat kerana Allah Subhanahu wata‘ala

عَنْ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: «إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ. وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ؛ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ. وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا؛ فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.»

مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ (أَيْ رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ رَحِمَهُمَا اللهُ تَعَالَى)

Ertinya: (Diriwayatkan) daripada Abu Hafs ‘Umar bin al-Khottob radhiyallahu ‘anhu bahawa beliau berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Sesungguhnya segala amalan hanyalah (dinilai, dikira dan sah) dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya (yakni hijrahnya itu diterima dan diberi ganjaran oleh Allah subhanahu wata‘ala). Sesiapa yang hijrahnya adalah kepada dunia yang dia ingin memperolehinya atau kepada seorang wanita yang dia ingin mengahwininya pula, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kepadanya (yakni hijrahnya itu sia-sia di sisi Allah subhanahu wata‘ala dan tidak diterima oleh-Nya).’”

Muttafaq alaih (yakni diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim rahimahumallahu ta‘ala)

26 Februari 2021

أحكام الفتوى : محاضرة للشيخ الجليل محمد بن محمد المختار الشنقيطي رحمه ‏الله سبحانه وتعالى حيا وميتا في الدارين.

أبواب الخير في رمضان : محاضرة للشيخ الجليل محمد بن محمد المختار الشنقيطي رحمه ‏الله سبحانه وتعالى حيا وميتا في الدارين

الاستقامة : محاضرة للشيخ الجليل محمد بن محمد المختار الشنقيطي رحمه ‏الله سبحانه وتعالى حيا وميتا في الدارين

21 Februari 2021

Kuliah maghrib di rumah Pak Tam, Selayang, Selangor, 20.2.2021

Kuliah maghrib di rumah Pak Tam, Selayang, Selangor, 19.2.2021

Pemberitahuan tentang blog al-Faqir Wan Muhammad Nasir hafizohullahu ta‘ala, 21.2.2021

PEMBERITAHUAN TENTANG BLOG AL-FAQIR WAN MUHAMMAD NASIR HAFIZOHULLAHU TA‘ALA FIDDARAIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Saudara/saudari yang saya kasihi lagi hormati;
Saya ingin memaklumkan bahawa blog saya yang bernama:
alfaqirwanmuhammadnasir.blogspot.com
... telah ditukar namanya kepada nama asalnya iaitu:
ustazwanmohdnasir.blogspot.com
... yang telah lama wujud tetapi telah dipadam oleh saya tanpa disengajakan. Maka saya menjemput saudara/saudari yang saya kasihi lagi hormati untuk berkunjung ke blog tersebut dengan niat untuk kita sama-sama mencari rahmah, ridhwan, mahabbah dan ganjaran pahala Allah subhanahu wata‘ala di dunia dan akhirat. Amin, amin, amin, ya Rabbal ‘alamin. Sila klik link berikut:
https://ustazwanmohdnasir.blogspot.com/
Sekian, terima kasih.
جَزَاكُمُ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى خَيْرَ الجَزَاءِ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.
Disediakan oleh al-Faqir ila rahmatillahi waridhwanihi waghufranih:
Abu ‘Abdil Wadud Wan Muhammad Nasir bin Wan ‘Abdil Wahhab,
Hari Ahad, 9 Rajab 1442 Hijriyyah = 21 Februari 2021 Miladiyyah.

18 Februari 2021

Biodataku, 18.2.2021

BIODATA AL-FAQIR

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدُ للهِ ربِّ العالمين، الرحمن الرحيم، مالك يوم الدين. وأتمُّ الصلاة وأَزْكَى السلامِ على رسوله الأمينِ، سيدِنا محمدِ بنِ عبدِ الله خيرِ الخلقِ أجمعِيْنَ، وعلى آلِهِ وذرياتِه الطيبِيْنَ الطاهريْنَ، وأصحابِه وأهلِ قَرْنِهِ الكرامِ الغُرِّ الميامِيْنِ، وعلى الذين جاؤوا من بعدهم واتبعوهم بإحسانٍ إلى يومِ الدينِ.

أما بعد؛ فقد قال اللهُ سبحانه وتعالى وهو أصدقُ القائلِيْنَ - في مُحْكَمِ كتابِه العزيزِ الذي لا يأتِيْهِ الباطِلُ مِنْ بينِ يدَيْهِ ولا من خلفِهِ، تنزيلٌ من حكيمٍ حميدٍ: ﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى، وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوْبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا. إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ. إِنَّ اللهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ﴾ [سورةُ الحُجُراتِ: الآيةُ 31].

وروى الإمامُ مسلمٌ في مقدمةِ صحيحِهِ (1/14) عن التابعيِّ المشهورِ محمدِ بنِ سِيْرِيْنَ رحِمه اللهُ سبحانه وتعالى أنه قال: « إِنَّ هٰذَا الْعِلْمَ دِينٌ، فَانْظُرُوْا عَمَّنْ تَأْخُذُوْنَ دِيْنَكُمْ.» ورُوِيَ هذا القولُ عن أنسٍ وأبي هريرةَ رضي اللهُ تعالى عنهما مرفوعًا بإسناد ضعيف [انظر: المسندَ الجامعَ 10/240 و247 برقم 29273 و29316] ولكنَّ معناهُ صحيحٌ موافقٌ لما هو معروفٌ شرعًا.

Maklumat Peribadi

1. Nama rasmi : Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab.

2. Nama pena : al-Faqir Abu ‘Abdil Wadud Wan Muhammad Nasir bin Wan ‘Abdil Wahhab.

3. Hari dan tarikh lahir : hari Sabtu, 5 Rajab 1393 Hijri = 4 Ogos 1973 Masihi.

4. Tempat lahir : Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang, Terengganu, Malaysia.

5. Umur pada 2021 : 48 tahun.

Asal Usul Keturunan

Ayah saya telah memberitahu saya bahawa beliau telah diberitahu oleh ayahnya, Wan Ismail bin Wan Yusuf rahimahullahu ta‘ala bahawa keturunan kami berasal dari Kampung Jambu di Fatoni Darussalam, Selatan Thailand.

Kemudian, setelah saya pergi ke Fatoni Darussalam dan menziarahi Tuan Guru Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Umar Sepanjang al-Fatoni yang lebih dikenali di sana dengan panggilan Baba ‘E Sepanje hafizohullahu ta‘ala fiddarain, beliau memberitahu saya bahawa keturunan Wan di Fatoni mempunyai talian nasab yang direkodkan secara bertulis dan mereka berasal daripada keturunan Sayyid Jamaluddin al-Kubra rahimahullahu ta‘ala yang bersambung nasabnya dengan Sayyidina al-Husain bin ‘Ali, putera bongsu Sayyidatina Fatimah binti Rasulillah sollallahu ‘alaihi wa‘ala alihi wasohbihi wabaraka wasallam.

Selain itu, beliau menasihati kita semua supaya mengambil berat tentang nasab keturunan kita, bukan untuk berbangga seperti orang jahiliah, tetapi untuk mengikut sunnah Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam dan cara para ulama Islam serta untuk menghubung silaturrahim. Beliau juga berkata, ‘‘Nasab ada kesannya pada sifat dan kelakuan seseorang dengan izin Allah subhanahu wata‘ala. Jika dia daripada keturunan para ulama, mudahlah baginya untuk menjadi orang alim. Jika dia daripada keturunan orang jahat-jahat, mudahlah baginya untuk menjadi orang jahat. Begitulah seterusnya.’’

Beliau juga berkata, ‘‘Jika seseorang itu berasal daripada pelbagai keturunan di sebelah mak, ayah, datuk, nenek dan ke atas seperti keturunan Sayyid, Wan, Nik, Tengku dan sebagainya, maka bolehlah dia menamakan anak atau cucunya dengan salah satu daripada nama-nama keturunan tersebut.’’

Saya jelaskan perkara nasab dan keturunan Wan ini pada kesempatan ini sebagai satu amanah ilmu yang saya perolehi daripada sumber yang sangat thiqah (ثِقَةٌ) yakni yang dipercayai pada hukum syarak, iaitu Tuan Guru Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Umar Sepanjang al-Fatoni rahimahullahu ta‘ala hayyan wamayyita, salah seorang daripada para ulama terulung di Fatoni Darussalam rahimahumullahu ta‘ala ajma‘in yang terkenal di Nusantara sekarang.

Namun demikian, janganlah sama sekali kita berbangga dengan apa jua nasab keturunan kita sebagaimana perbuatan orang-orang jahiliah sebelum Islam dahulu. Pada masa yang sama juga, janganlah pula kita menidakkan kepentingan nasab keturunan manusia kerana setiap nasab ada kelebihan dan barakah tersendiri. Adakah nasab Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam sama sahaja dengan nasab Fir‘aun, Abu Jahal, Abu Lahab dan seumpamanya? Pastilah tidak sama langsung di sisi Allah subhanahu wata‘ala dan juga di sisi manusia yang berakal dan berilmu.

Walaupun demikian, tidaklah dinafikan bahawa seorang anak zina yang benar-benar beriman, beramal soleh dan bertaqwa adalah lebih baik di sisi Allah subhanahu wata‘ala daripada seorang anak nabi yang kufur dan tidak beriman seperti anak Nabi Nuh ‘alahissolatu wassalam, wal-‘iyazu billahi min zalik, kerana Allah subhanahu wata‘ala telah menegaskan dalam Kitab-Nya yang suci dengan berfirman:

﴿إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ. إِنَّ اللهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ﴾ [سورةُ الحُجُراتِ: الآيةُ 31]

Ertinya: Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kalian di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa antara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam ilmu-Nya.

Surah al-Hujurat: ayat 13

Bolehkah Keturunan Wan Menerima Zakat?

Dalam bab menerima zakat, para ulama mazhab Syafi‘i rahimahumullahu ta‘ala menyebut bahawa ahli keluarga Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang haram memakan sedekah yang wajib seperti zakat ialah lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang beriman daripada kalangan Bani Hasyim (بَنِيْ هَاشِمٍ) dan Bani al-Muttolib (بَنِيْ المُطَّلِبِ) melalui jalur nasab sebelah bapa sahaja.

Adapun anak cucu mereka melalui jalur nasab sebelah ibu pula bukanlah ahli keluarga baginda dari sudut pengharaman memakan zakat dan sedekah yang wajib. Tetapi dari sudut kemuliaan dengan sebab hubungan kerabat dengan Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam pula, mereka juga termasuk dalam istilah ahli keluarga baginda kerana hubungan kerabat tersebut merangkumi semua anak cucu keturunan Hasyim dan al-Muttolib serta isteri-isteri baginda. [Sila rujuk: Dalilul Falihin, 3/196].

Adapun hukum memakan sedekah sunat pula, Imam an-Nawawi rahimahullahu ta‘ala berkata, “Adapun sedekah sunat, maka Imam asy-Syafi‘i rahimahullahu ta‘ala ada tiga qaul mengenai hukumnya. Qaul yang paling sahih ialah (memakan) sedekah sunat adalah haram ke atas Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam dan halal bagi ahli keluarganya.” [Sila rujuk: Syarhu Muslim lin-Nawawi, 7/176].

Maka sesiapa yang mempunyai nasab yang sahih sebelah lelaki sahaja daripada ayah, datuk, moyang lelaki ke atas sehingga sampai kepada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam seperti keturunan Sayyid, maka haramlah ke atasnya mengambil sedekah yang wajib seperti zakat. Manakala sesiapa yang tidak mempunyai nasab yang sahih seperti yang disebutkan itu, maka tidaklah haram ke atasnya mengambil sedekah yang wajib tersebut. Tetapi jika mana-mana orang daripada keturunan Wan hendak bersifat warak, memelihara dirinya daripada syubhah dan enggan mengambil sedekah yang wajib, maka itu lebih baik dan lebih selamat baginya tetapi ia tidaklah wajib ke atas. Wallahu a‘lam.

Pendidikan Terawal

Pendidikan terawal saya dalam bidang agama dan bahasa Arab bermula dengan ayah saya sendiri, Ustaz Haji Wan ‘Abdul Wahhab bin Wan Ismail bin Wan Yusuf hafizohullahu ta‘ala warahimahu fiddarain yang mahir dalam bidang tauhid, fiqh dan tasowwuf. Beliau mengajar ilmu-ilmu tersebut kepada masyarakat sekitar sejak muda hingga tua di banyak buah masjid dan surau di Terengganu Darul Iman.

Majoriti kitab yang beliau gunakan ketika mengajar ialah kitab-kitab Jawi lama seperti ‘Aqidatun Najin (عَقِيْدَةُ النَّاجِيْنَ), Perisai Bagi Sekalian Mukallaf, Sairus Salikin (سَيْرُ السَّالِكِيْنَ), Sabilul Muhtadin (سَبِيْلُ المُهْتَدِيْنَ) dan lain-lain.

Dalam menuntut ilmu agama dan bahasa Arab, ayah saya berguru dengan ramai ulama tempatan di Terengganu seperti:

1. Ayahnya sendiri, Haji Wan Ismail bin Wan Yusuf rahimahullahu ta‘ala yang dikenali dengan nama Haji Wan Ismail Tasauf di Kampung Tanjung Che Mat Tauke, Kuala Terengganu.

2. Abang iparnya, Wan ‘Ali rahimahullahu ta‘ala dalam bidang bahasa Arab.

3. Tuan Guru Haji ‘Abdurrahman bin Ahmad Pombeng al-Fatoni rahimahullahu ta‘ala.

4. Tuan Guru Haji Muhammad bin ‘Abdul Majid al-Fatoni rahimahullahu ta‘ala.

5. Tuan Guru Haji ‘Abdul Manaf Seberang Takir rahimahullahu ta‘ala.

6. Ustaz Haji Harun bin Taib rahimahullahu ta‘ala.

Sejak kecil lagi, walhamdulillahi Rabbil ‘alamin, saya belajar dengan ayah saya dan mengikuti kuliah-kuliah beliau serta pergi bersama beliau belajar dengan Tuan Guru Haji ‘Abdurrahman bin Ahmad Pombeng al-Fatoni dan Tuan Guru Haji Muhammad bin ‘Abdul Majid al-Fatoni rahimahumallahu ta‘ala.  

Ketika saya berumur 12 tahun, ayah mengajar kepada saya ilmu Tasrif Sepuluh dengan menyuruh saya menyalin kitab Dhammun Serta Madkhal (ضَمٌّ سرت مَدْخَلٌ) daripada naskhah tulisan tangan yang beliau salin daripada guru dan abang iparnya, Wan ‘Ali rahimahullahu ta‘ala. Setelah itu, ayah menyuruh saya menghafal kitab tersebut berserta tasrif-tasrif yang terkandung dalam kitab itu, kemudian saya tasmi‘kan hafalan saya kepada beliau. Saya dilatih supaya menghafal setiap tasrif sepuluh dan segala pecahannya bagi setiap wazan dan mauzun dengan lancar sehingga dapat mentasmi‘ satu set tasrif dengan satu nafas sahaja.

Dengan izin Allah subhanahu wata‘ala, saya berjaya menguasai ilmu Tasrif Sepuluh tersebut dengan baik sehingga bahasa Arab menjadi sangat menarik minat saya dan sangat mudah bagi saya sejak hari tersebut sehingga sekarang. Di samping belajar ilmu istimewa tersebut, ayah juga mengajar kepada saya ilmu nahu dengan menggunakan kitab Matnul Ajurrumiyyah (مَتْنُ الْآجُرُّوْمِيَّةِ), walhamdulillah awwalan waakhira.

Semoga Allah subhanahu wata‘ala sentiasa memberi rahmah, maghfirah, mahabbah, jannah dan ganjaran pahala yang amat besar lagi tidak terhingga di dunia dan akhirat kepada ibu bapa saya dan kepada semua guru lelaki dan perempuan yang telah mengajar ilmu dunia atau ilmu akhirat kepada saya sekalipun hanya sepatah perkataan sahaja, amin, amin, amin, ya Zaljalali wal-Ikram, ya Zalfadhlil ‘Azim.

Pendidikan Rasmi

 

Tahun

Tempat dan Peperiksaan

1.

1980-1985

Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang, Terengganu.

- 1984 : Penilaian Darjah 5 : 1A, 3B & 1C.

2.

1986-1988

Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Marang, Terengganu.

- 1988 : SRP (Sijil Rendah Pelajaran) : Pangkat A (4 A 1).

3.

1989-1992

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu, Terengganu.

- 1990 : SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) : 10 Agregat (4 A1).

- 1992 : Thanawi Empat : Pangkat Mumtaz (Cemerlang).

4.

1993-1997

Universiti Islam Madinah Munawwarah, Arab Saudi dalam Kuliah Syari‘ah Islamiyyah.

- Tahun 1 hingga tahun 3 : Mumtaz setiap tahun.

5.

2000-2001

Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam Kuliah Syari‘ah Dan Undang-Undang, bidang Syari‘ah Islamiyyah.

- 2001 : Ijazah Sarjana Muda Kepujian (BA Hons.) : Pangkat Jayyid (Baik).

Pengalaman Kerja

 

Tahun

Tugas dan Tempat

1.

1993

Guru pengganti di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu, Terengganu.

2.

1994

Guru pengganti di Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Marang, Terengganu.

3.

1997-1998

Guru di Madrasah Mazahirul Ulum, Binjai Bongkok, Marang, Terengganu.

4.

2000

Pensyarah di Qismul Halaqat, Institut Pengajian Tinggi Islam Dan Bahasa Arab (MADIWA), Bagan Serai, Perak.

5.

2002

Guru di Sekolah Islam Al-Amin, Bangi, Selangor.

6.

2003

Pensyarah di Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Setapak, Kuala Lumpur.

7.

2003-2009

Penterjemah dan editor di Pustaka Salam Sdn. Bhd., Batu Caves, Kuala  Lumpur.

8.

2010-2012

Ketua Unit Terjemahan di Telaga Biru Sdn. Bhd., Sri Damansara, Kuala Lumpur.

9.

2012-2013

Ketua Editor di PSN (Pustaka Syeikh Nuruddin al-Banjari) Publications Sdn. Bhd., Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor.

10.

2014

Penterjemah dan editor di Pustaka Salam Sdn. Bhd., Batu Caves, Kuala  Lumpur.

11.

2016-2017

Guru di Pondok al-Madini, Batu Rakit, Terengganu.

12.

2017

Guru di Madrasah Mazahirul Ulum, Binjai Bongkok, Marang, Terengganu.

13.

2019-2021

Penterjemah dan editor di Pustaka Salam Sdn. Bhd., Kundang, Rawang, Selangor.

Kemahiran

1. Menghafaz lebih kurang 16 juzuk al-Quranul Karim.

2. Berkemampuan dalam bahasa Arab dengan sangat baik.

3. Berpengalaman dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan buku-buku agama.

Hasil Penulisan

1. Ta‘liq dan khidmat kitab Matnu Bina’il Af‘al (مَتْنُ بِنَاءِ الْأَفْعَالِ) karangan Mulla ‘Abdullah ad-Datfazi rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd..

2. Ta‘liq dan khidmat kitab Matnul Ajurrumiyyah (مَتْنُ الْآجُرُّوْمِيَّةِ) karangan Imam as-Sunhaji (الصُّنْهَاجِيُّ) rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd. dan Telaga Biru Sdn. Bhd..

3. Tahsinul Maqali Fi Syarhi Matni Bani’il Af‘al (تَحْسِيْنُ المَقَالِ فِيْ شَرْحِ مَتْنِ بِنَاءِ الْأَفْعَالِ) huraian kepada kitab Matnu Bina’il Af‘al (مَتْنُ بِنَاءِ الْأَفْعَالِ) karangan Mulla ‘Abdullah ad-Datfazi rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..

4. Al-Khulasotun Nahwiyyatu Fi Syarhi Matnil Ajurrumiyyah (الخُلَاصَةُ النَّحْوِيَّةُ فِيْ شَرْحِ مَتْنِ الْآجُرُّوْمِيَّةِ) huraian kepada kitab Matnul Ajurrumiyyah (مَتْنُ الْآجُرُّوْمِيَّةِ) karangan Imam as-Sunhaji (الصُّنْهَاجِيُّ) rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..

5. Buku Maqasid Syari‘ah (مقاصد شريعة) yang dicetak dan diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. dan PSN Publications Sdn. Bhd..

Penterjemahan dan Penyuntingan

 1. Menyunting beberapa bahagian daripada terjemahan kitab al-Fiqhul Manhaji (الْفِقْهُ المَنْهَجِيُّ) yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..

  2. Menyunting buku Adab-Adab Islam Dalam Kehidupan Harian oleh Ustaz Muhammad Zulkifli bin Abdul Ghani yang pernah dicetak di Mesir oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

3. Menterjemah dan menyunting terjemahan:

  • Kitab Jami‘ul ‘Ulumi wal-Hikam (جَامِعُ الْعُلُوْمِ وَالْحِكَمِ) karangan Imam Ibnu Rajab al-Hambali (اِبْنُ رَجَبٍ الحَنْبَلِيُّ) rahimahullahu ta‘ala yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
  • Kitab al-Muntakhabu Minassunnah (المُنْتَخَبُ مِنَ السُّنَّةِ) (Bahagian Adab Dan Tatasusila) yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..
  • Kitab Fiqhus Sirah (فِقْهُ السِّيْرَةِ) oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali rahimahullahu ta‘ala yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..

4. Menulis buku Tafsir Juzuk ‘Amma Berdasarkan Tafsirul Jalalain bersama rakan-rakan sekerja di Unit Terjemahan, Telaga Biru Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd..

5. Menulis buku Tafsir Surah Yasin Berdasarkan Tafsirul Jalalain bersama rakan-rakan sekerja di Unit Terjemahan, Telaga Biru Sdn. Bhd. yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd..

6. Menterjemah tajuk Solat Jumaat (كِتَابُ صَلَاةِ الجُمُعَةِ) daripada kitab al-Majmu‘ Syarhul Muhazzab (الْمَجْمُوْعُ شَرْحُ الْمُهَذَّبِ) karangan Imam an-Nawawi (النَّوَوِيُّ) rahimahullahu ta‘ala yang dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..

7. Mengedit terjemahan dan menterjemah kitab Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadhis Solihin (نُزْهَةُ المُتَّقِيْنَ شَرْحُ رِيَاضِ الصَّالِـحِيْنَ) yang diterbitkan dan dicetak oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd..

Antara Guru-Guru Saya

Semua guru lelaki dan perempuan yang mengajar kepada saya apa jua ilmu yang berguna pada hukum syarak sama ada ilmu Islam seperti al-Quran, hadis, tauhid, fiqh dan lain-lain; ataupun ilmu duniawi seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sains, matematik, geografi dan lain-lain merupakan guru-guru yang sangat saya kasihi, hormati, hargai dan selalu berdoa untuk mereka kerana mereka telah banyak berjasa kepada saya dalam mendidik, mengajar dan mencorakkan diri saya bersama anak-anak didik mereka yang lain dengan izin Allah subhanahu wata‘ala. Hanya Allah subhanahu wata‘ala jualah yang akan membalas jasa besar mereka dengan ganjaran pahala, rahmat dan keampunan yang tidak terhingga di dunia dan akhirat.

Antara semua guru yang saya sempat belajar dengan mereka, saya ingin menyebut sebahagian daripada mereka yang telah memberi kesan yang besar kepada diri saya selama ini, iaitu ayah saya sendiri, Ustaz Haji Wan ‘Abdul Wahhab bin Wan Ismail, Tuan Guru Haji ‘Abdur Rahman bin Ahmad Pombeng al-Fatoni, Tuan Guru Haji Muhammad bin ‘Abdul Majid al-Fatoni, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar asy-Syanqiti al-Madani, Syeikh Atiyyah Muhammad Salim al-Misri al-Madani dan Syeikh Muhammad Nuruddin bin Marbu bin ‘Abdillah al-Banjari rahimahumullahu subhanahu wata‘ala ajma‘ina fiddunya wal-akhirah, amin, ya Rabbal ‘alamin.

Akidah Saya

Saya berpegang teguh dengan akidah Ahlussunnati wal-Jama‘ah berdasarkan mazhab al-Asya‘irah (الْأَشَاعِرَةُ) yang merupakan mazhab Ahlul Haqq yang menghimpunkan antara kedua-dua aliran salaf dan khalaf yang solih, iaitu mazhab majoriti umat Islam sejak dahulu hingga sekarang yang dianuti oleh majoriti imam, ahli hadis, ulama fiqh, Ahlul Kalam, para khalifah dan para pemerintah Islam sepanjang kurun-kurun yang lampau sehingga hari kiamat insyaallahu ta‘ala, sekalipun mazhab ini ditolak dan dihukum sesat oleh golongan Wahhabi, Syi‘ah dan sebagainya.

Dalam bab akidah, golongan Ahlussunnati wal-Jama‘ah ada dua mazhab, iaitu mazhab al-Asya‘irah (الْأَشَاعِرَةُ) yang mengikut Imam Abu al-Hasan al-Asy‘ari (أَبُوْ الحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ) dan mazhab al-Maturidiyyah (المَاتُرِيْدِيَّةُ) yang mengikut Imam Abu Mansur al-Maturidi (أَبُوْ مَنْصُوْرٍ المَاتُرِيْدِيُّ) rahimahumallahu ta‘ala.

Di samping itu, saya tidak mengkafirkan mana-mana orang Islam tanpa hujah dan bukti yang jelas daripada Allah subhanahu wata‘ala, sekalipun saya bercanggah pendapat, membangkang dan menghukum golongan Wahhabi, Syi‘ah dan lain-lain sebagai golongan sesat dan menyeleweng, untuk memberi peringatan dan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau terpedaya dengan ajaran mereka.

Semoga Allah subhanahu wata‘ala memberi hidayah dan taufiq kepada kita semua untuk berpegang teguh dengan agama-Nya yang lurus dan jalan-Nya yang benar yang disampaikan kepada kita oleh para ulama yang muktabar sepanjang zaman rahimahumullahu ta‘ala tanpa terpengaruh dengan mana-mana ajaran dan mazhab yang salah seperti Wahhabi, Syi‘ah, Mu‘tazilah, fahaman sekular, fahaman liberal dan lain-lain.

Mazhab Fiqh

Dalam bidang ilmu fiqh, saya berpegang dengan mazhab Syafi‘i tanpa melampaui batas, keras kepala atau taklid buta tanpa mengetahui dalil hukum. Di samping itu, saya menerima dan berlapang dada dengan mazhab-mazhab fiqh lain yang diterima pakai oleh para ulama Ahlissunnati wal-Jama‘ah.

Pegangan Tasowwuf

Dalam bidang tasowwuf pula, saya mengikut ajaran tasowwuf yang betul yang digariskan oleh para imam yang muktabar seperti al-Harits al-Muhasibi, al-Ghazali, al-Qusyairi dan lain-lain rahimahumullahu ta‘ala, di samping berwaspada terhadap pelbagai bid‘ah dan kesesatan dalam bidang tasowwuf yang tiada sandaran sahih dalam agama seperti wahdatul wujud (وَحْدَةُ الْوُجُوْدِ), alittihadiyyah (الِاتِّحَادِيَّةُ), al-hululiyyah (الحُلُوْلِيَّةُ), al-batiniyyah (الْبَاطِنِيَّةُ), mendakwa diri sebagai wali, dakwaan bahawa ilmu hakikat bercanggah dengan ilmu syari‘at, dan lain-lain lagi, na‘uzubillahi min zalik.

Fahaman Politik

Saya beriman dan berpegang teguh dengan politik Islam sebenar yang diwarisi daripada Nabi Muhammad sollahu ‘alaihi wasallam dan daripada al-Khulafa’ ar-Rasyidin radhiyallahu ta‘ala ‘anhum ajma‘in yang diamalkan oleh umat Islam dan para khalifah mereka yang solih dan bertaqwa sepanjang zaman sehingga jatuhnya Khilafah Islam Uthmaniyyah. Saya juga berpegang teguh dengan kewajipan berdakwah dan berjihad dengan cara yang betul mengikut kemampuan masing-masing untuk menegakkan Negara Islam sebenar di atas dasar Khilafah Islam yang benar dan diberi hidayah.

Pandangan Umum tentang Islam

Saya percaya dan yakin seratus peratus tanpa syak lagi bahawa Islam ialah satu-satunya agama yang benar yang merangkumi semua aspek kehidupan kita sama ada aqidah, syari‘ah, toriqah, siyasah (politik), ekonomi, agama, negara, dunia mahupun akhirat, tanpa pembezaan, pemisahan dan penjuzukan antara segala hukum dan ajaran Islam, berdasarkan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan jalan para ulama Islam yang muktabar sepanjang zaman.

Penutup

Akhir kalam, saya amat berharap agar saudara-saudara dan saudari-saudari yang saya kasihi dan hormati sekalian tidak lupa untuk berdoa kepada Allah subhanahu wata‘ala bagi kebaikan diri saya sendiri, ahli keluarga, ibu bapa, guru-guru, saudara-saudara seagama, muslimin dan muslimat seluruhnya, sama ada yang sudah mati, yang masih hidup dan yang akan datang selepas kita, di dunia dan di akhirat, terutamanya selepas setiap solat fardhu dan semasa bangun mengerjakan tahajjud pada waktu malam.

Semoga Allah subhanahu wata‘ala merahmati, memberi hidayah, mengasihi, mengampun dan memasukkan kita semua, ibu bapa kita, para ulama, guru-guru, kawan-kawan kita serta semua muslimin dan muslimat ke dalam syurga-Nya pada hari yang tidak berguna segala harta dan anak-pinak melainkan sesiapa yang datang kepada Allah subhanahu wata‘ala dengan hati yang sejahtera lagi bersih daripada syirik dan dosa. Amin ya Hayyu, ya Qoyyum, ya Zaljalali wal-Ikram.

وباللهِ سبحانَهُ وتعالى التوفيقُ والتسديدُ والهدايةُ إلى صراطِهِ المستقيمِ.

هذا، وصلى الله على سيدنا محمد بن عبد الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه، وعلى من تبعهم بإحسان إلى يوم لقاء الله، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.

Disediakan oleh al-Faqir ila rahmatillahi waridhwanihi waghufranih: 
Abu ‘Abdil Wadud Wan Muhammad Nasir bin Wan ‘Abdil Wahhab,
رَحِمَهُ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى وَغَفَرَ لَهُ وَكَفَّرَ وَعَفَا وَرَضِيَ عَنْهُ وَرَفَعَ قَدْرَهُ عِنْدَهُ فِيْ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، آمِيْنَ
pagi Khamis, 6 Rajab 1442 Hijri = 18 Februari 2021 Miladi.